Jun 3, 2014

Mencari mood.

Bismillah..

Kebelakangan ni asyik takde mood. Tak tahulah kenapa. Hormon? Period? Entahlah.

Mood nak shopping online yang sakan dah hilang. Selalunya lepas satu, satu Instagram kedai online jadi perhatian. Ada je nak dibeli walaupun selendang dah melambak dan tshirt plus size dah berkoyan dalam almari tu. 

Mood nak tengok channel AFC dan wayang lama-lama dalam Astro HBO, FMP, ABO, sehari suntuk dari pagi sampai petang, berhenti rehat untuk masak tengahari, pun dah takde. Selalunya macam jakun sangat tengok tv tu sanggup berebut dengan Ica (-_-) wayang bosan gila atau chef paling tak femes pastu masak nasi goreng pun masuk tv entahapa-hapa, pun layan juga tengok, macam terliur. Tapi sekarang tidak lagi..

Mood nak kemas rumah beriya-iya, punggah-punggah, simpan-simpan, tukar-ganti, susun sana sini, pun dah takde. Dah penat kononnya. Cadar dah 3 minggu tak ganti tu. Lantai pun lepas seminggu baru sapu. Mop? Minta tolong housemate je lah. Ya Allah pemalas gila.

Mood nak masak beriya untuk sarapan, makan tengahari dan minum petang berderet sampai badan bau minyak masak dari pagi sampai malam pun dah takde. Kalau tak, ada je nak masak. Nak experiment "antiviral food" lah. Nak pilih jenis masakan yang natural saja lah. Bahan yang natural saja lah. Nak makan buah-buahan dan sayuran saja lah. Nak makan cucur buatan sendiri depan tv lah.  Haih macam-macam.

Kali ni, ala makan kat luar je. Bukan makan sampai sekuali pun... KFC 3 ketul pun tak terhabis.... Gitu.
 Makan piza, tak payah order banyak-banyak pun kenyang gila juga...
Piza Italiano ni, sedap je. Takyah nak uli tepung siap pilih tepung takde bleach bagai...

Mood nak buli kucing pun dah takde. Kalau tak, celik mata je nak garukan perut Noneng. Tapi, punya takde mood ni, nak top-up pinggan makan dia pun malas!
Sampai merajuk budak bulu tu duduk bawah meja study Ica sambil tutup muka tak nak tengok kita. Haih. Teruklah.

Apatahlagi mood nak blogging dan update blog yang takde orang baca nih! Minggu sudah-sudah bukan main sibuk stalk FB Dyana Sofya. Pastu sibuk cari info pasal Cadbury jadi haram. Pastu sibuk nak jugak updated pasal badminton lah, coach melayu yang kat Jepun tulah. Macam-macam.. Konon nak sama kepoci dengan orang-orang dalam FB tu lah... Adoi (-_-)

Tidur pun tak lena. At least dah 2 malam tak tidur lena, hanya 2-3 jam saja, lepas tu berjaga sampai pagi. Tah apa dibuatnya. Solat malam pun tak. Mengaji jauh sekali. Berangan pun tak. Ber-instagram pun dah malas. Apatahlagi stalk FB account orang! Hahah. Takde mood la katakan....! 

Siang pun tidur tak lena. Kalau tak, pantang ada masa lapang pasti berkrohhhh kroohhhhh dalam bilik tak hiraukan suasana kat depan tv tu. Tapi kali ni nak tutup mata pun tak tahan lama. Siap buat aktiviti macam-macam contohnya ajak ayah jalan-jalan kat kedai la, pegi pasar malam la, kononnya nak bagi malam jadi letih dan tidur nyenyak. Tapi tak pun. 

Sindrom nak exam atau sindrom takut masuk semula ke pejabat lepas exam? Haih.
Dua-dua kot :-(

Semalam dah dapat tarikh tentatif final exam. Ibu cuma ada 2 paper saja sem ini. Jadi first paper 
6 July, second paper 9 July. Lepas tu report duty lah gamaknya. Adui...
Kerja kerja kerja. Selagi belum tutup mata, kena kerja.

Lusa masih ada presentation dalam kelas untuk subjek Carriage 2. Sem ini paling banyak ponteng kelas ni dan kelas Marine Insurance 2, sebab kononnya tak puasa hati dengan cara lecturer mengajar. Boleh gitu? 

Dr. Irwin ni mengajar tak maca Prof. Rohani. Kalau ke kelas Dr. Irwin tak buat persediaan, tak baca buku, tak ulangkaji kelas yang lepas, tak boleh nak berkongsi perbincangan dengan dia, memang menjeruk rasa dibuatnya. Lepas kelas je terasa begitu bodoh dan diri tak berguna. Dia punya jelingan perli, ejekan perli, kata-kata perli, memang makan dalam sampai teringat-ingat. Lebih-lebih lagi kalau pelajar sepenuh masa. Dia punya remark, kalau tak study, nak buat apa lagi? Adoi. Buat apa lagi, jadi maid lah!

Memang lah kalau boleh tak nak ambil subjek dia ni. Tak hingin dan tak kuasa. Tapi dah jadi subject core pulak sebab dah ambik pengkhususan bidang Marine. Nak tak nak, kena jugak buat. Eh tapi last sem dia bagi A untuk kedua-dua subjek part 1 ni. Best lah. Kalau pun bukan sebab dia tu tak kedekut markah, tapi memang sebab kita telah usaha dan sepatutnya dapat A lah! Amboi perasan.

Lain kalau kelas Prof Rohani. Bangun tidur terus ke kelasnya pun sejuk hati je. Dia bersyarah dan berkongsi pengalaman. Kita tak ikut discussion pun takpe, sebab memang takde discussion pun. Hahaha. Tapi best lah dengar pengalaman dia dalam bidang maritime ni. Macam tengok wayang, tapi dengan telinga! Kita keluar kelas pun dengan dada lapang dan penuh cerita tentang kisah-kisah laut, kapal dan antartika nya.... Haha. Boleh bayangkan?

Bila dah selalu tak datang kelas Dr. Irwin, tiba pula giliran buat presentation, pening lah nak ulangkaji lessons yang lepas-lepas, yang orang lain dah present tu, kita pun kena ulas dalam presentation kita sebagai perbandingan. Kalau sebelum ini ada 4 presentation dan kita ni orang kelima, jadi kenalah buat kerja lebih sikit study apa yang orang lain dah present. Selalunya, kita mana dengar sangat isi kandungan yang diorang tu present. Ala diorang pun tak sure apa yang diorang bentang tu betul ke tak kan?

Jadi, mak stress! Kena pulun siang-malam baca artikel dan buku online. Kat library pun selalunya tak ada bahan. Nasib baik ada google scholar & online database :-(
 Ini...
 Ini...
dan ini.... serta ada beratus sections lagi...
 Kalau nak fahamkan the whole picture, kena buat begini....
...dan lepas tu buat begini......

Sebelum dibuat dalam bentuk yang lebih profesional. Membaca dan memahamkan satu perkara. Menjadikan ia mudah untuk orang lain faham pun satu perkara lain yang mencabar juga. Mungkin otak ni dah tua, jadi agak lambat untuk jadikannya simple. Haih. Ia sebenarnya tak susah sangat kalau rajin membaca. Yang susah tu, dahlah kerja harian tak buat benda ni, pastu malas ulangkaji, pastu malas buat kajian, pastu malas nak baca lebih sikit. Macam tu teruklah. Memang akan jadi susah selamanya....

Fikir pasal study satu hal. Dah boleh buat mata terkebil-kebil tak mahu lelap. Sudahnya kena juga bangun mengadap laptop dan buat kajian. Fikir pasal kerja pun satu hal lagi. 

Bila dah masuk kerja nanti, banyak yang nak kena adjust. Tambahan pula ayah dah mula berniaga yong tau fu secara sepenuh masa. Bagus ayah akhirnya menyahut cabaran dirinya sendiri untuk berniaga sendiri dalam bidang yang dia impikan sejak dulu. Jadi, bila ayah dah berniaga ni, nak kena fikirkan hal Ica. 

Ayah boleh lah uruskan Ica ke tadika setiap pagi bila ibu dah kerja nanti. Tapi bila petang, ayah berniaga, kesian Ica tak dapat rehat kat rumah macam sekarang sebab kena ikut ayah kat kedai. Padahal Ica dah biasa tidur petang supaya belah malam Ica boleh ikut aktiviti rutin macam taekwando, mengaji, latihan matematik. Bulan ini Ica ada ujian sekolah integrasi pula tu. Minta-minta adalah rezekinya. Ameen...

Jadi, banyak yang difikirkan. Sebab itu mata tak boleh lelap. Bila tak cukup tidur, terus jadi mata panda. Panda kah???? dan hilang mood....

Kadangkala jealous dengan orang-orang yang tak fikir banyak sangat. Just follow the flow. Tak perlu planning. Spontan saja. Tak payah risaukan apa-apa. Tak takut apa-apa. Where do they get those traits? Rasa macam nak minta sikit lah.

Oh mood untuk sambung study, please come back... (-_-)

No comments: