Jun 12, 2014

Nak cepat sekolah.

Bismillah..

Ini minggu kedua Ica cuti sekolah. Masa cuti sekolah baru mula, nenek datang rumah melawat Ica.

Nenek : Eh kenapa Ica tak sekolah? Demam ke?
Ica : Mana ada sekolah. Sekarang ni cuti...
Nenek : Cuti apa pulak???
Ibu : Cuti sekolah lah mak... Kan dah start cuti sekolah nih (hari Rabu)
Nenek : Ohh ya ke.... (nenek dah lama tak ambik tahu hal cuti sekolah sebab takde cucu yang masih sekolah) Lama ke Ica cuti sekolah?
Ica : Lama la jugak...
Nenek : Berapa hari?
Ayah : 2 minggu je
Nenek : Oh 2 minggu, 16 hari. Lama tu...
Ica : 16 hari mana lama... Kalau seratus ribu hari barulah lama...

Mulanya hanya ibu yang terasa betapa lamanya Ica cuti sekolah. Rupanya, Ica pun sama juga. Ica tak sabar nak kembali ke sekolah jumpa dengan kawan-kawan dan teachers. Ingatkan kenapa. Rupanya sebab nak menayang projek sains nya yang dah menjadi (-_-) memang kaki show-off lah budak ini.
Balik daripada sekolah hari yang terakhir sebelum cuti tu, Ica bawa dalam cawan kertas, 3 biji kacang hijau yang disemai atas kapas lembap. Katanya projek sains dan mesti dijaga elok supaya boleh dibawa ke sekolah lepas cuti nanti. Kebetulan Ica ni peminat sains dan ayahnya jenis suka berkebun dan bercucuk tanam. Agaknya tangan sejuk, sebab semua yang ayah tanam menjadi kat laman depan rumah yang sekangkang kera tu. Mungkin rezeki yangs ama berpihak pada biji kacang hijau ni. Ibu sangka, ia bakal jadi taugeh saja. Tapi tidak. Lepas 2-3 hari, biji kacang hijau tu bercambah dan subur membesar.
 2 biji dah tinggi, tapi sebiji nampak macam tak jadi.
Tapi selepas seminggu, yang sebiji pun dah meninggi juga. Kenalah jaga pokok ni. Ibu yang siramkan dengan beberapa titik air setiap pagi. Bekas pun dilapikkan dengan yang elok sikit. Ica bukan main suka tengok pokok menjadi. Ayah kata, sikit lagi kita boleh naik ke langit dengan pokok kacang hijau ni. Hahahah...tak kelakar pun.
Dalam pada tu, gigi Ica yang satu lagi mula goyang sikit sebab gigi kekal dah menolaknya. Nak bertukar gigi lagi. Jadi, kita luangkan masa ke klinik Dr Nooriah dan cabut gigi lama tu. Nampak la lubangnya, sebab giginya agak besar dan panjang. Proses cabutan kali ni agak lama dan Ica merengek sekejap. Mungkin terasa ngilu.
Lepas cabut gigi belah pagi, belah petang hingga ke malamnya, bibir Ica bengkak dan jadi ulcer. Tapi kali ni kita tak letak bonjela sebab Ica kata tak sakit sangat. Ulcer ni terjadi sebab Ica ketap bibirnya kuat sangat sebab bibir masih kebas dek suntikan. Dia tak perasan gigit kuat. Ibu suruh Ica gosok gigi macam biasa dan tak makan apa-apa ubat.

Tiba-tiba Ica demam dan lelah. Suhu badannya tak tinggi sangat, hanya dedar. Tapi ibu tak mahu ambil risiko biarkan aje, jadi disamping tuam dengan tuala, bila Ica dah tidur, ibu letak coolfever. Tapi lelah pun kena pantau juga. Takut jadi lebih teruk. 
Bangun tidur je, terus ambik gas, lepas tu makan ubat. Lepas makan ubat, rehat dan menonton tv. Ibu tengok pun berbulu aje (-_-) Buat sementara, bila demam, Ica memang tak ambil madu dan kismis. Cuti mengaji dan cuti buat latihan matematik. Tapi solat haruslah diteruskan. Bukan main suka lah Ica. Kenapa kalau budak-budak cukup suka tak mengaji dan buat latihan?

Bila elok demamnya, Ica tanya ibu.
Ica : Kita cuti sekolah ni tak pergi mana-mana ke ibu?
Ibu : Hmmm... (tak tahu nak jawab apa) haritu kan kita dah banyak jalan-jalan..
Ica : Mana? Mana ada?
Ibu : (-_-)

Ica terpesona dengan iklan tv, budak-budak bercuti ke tepi pantai, berkelah, berkhemah, main di taman tema air, bercuti di hotel, mandi air kolam renang, lepas tu shopping-shopping. Amboi.

Ibu pun pujuk Ica sikit-sikit (sambil memujuk hati ibu sendiri) kali ni kita tak kemana-mana lah sebab ayah sibuk dan ibu kenalah study sebab exam dah dekat (haaa sobs sobs....)

Disebabkan tak ke mana-mana, hampir setiap hari pulak Ica tanya bila agaknya boleh ke tadika? Aduhai... Ibu pun naik jemu menjawabnya. Hinggakan ibu rasa cuti sekolah yang baru habis seminggu lebih tu, sebenarnya dah habis. Pagi Isnin 9 Jun tu, ibu dah siap-siap buat sarapan, terus kejutkan Ica laju-laju sebab dah pukul 7.30 pagi. Nanti tak sempat nak sarapan sebelum ke sekolah. Ica pulak cukup culas nak bangun. Lagi meringkuk kesejukan pula lepas ibu tarik selimut dan lipat.

Tiba-tiba ayah menyampuk. 
Ayah : Kenapa kejutkan Ica awal sangat?
Ibu : Haih, sekolah lah. Nanti tak sempat nak makan...
Ayah : Sekolah apa?
Ibu : Haih sekolah tadika lah. Sekolah apa pulak?
Ayah : Ada seminggu lagi lah... Cuti sampai 15 Jun, masuk sekolah semula 16hb.
Ibu : Whattttt??????

Cet. Memang drama betul. Macam mana boleh tak tahu cuti sekolah masih panjang? Rasa macam dah penuh dah jadual harian untuk Ica, tapi Ica macam terlebih tenaga. Ibu pulak tak suka kalau Ica asyik tengok tv dari pagi sampai petang dan malam. Tapi nak suruh Ica buat latihan dan mengaji sepanjang masa pun jemu jugak. Ibu pun jemu nak jadi tutor. Itupun ibu dah set hari-hari tertentu untuk Ica ke kelas taekwando walaupun bukan hari yang sepatutnya Ica pergi. Sebab nak isi masa lapang Ica. Lagipun Ica ada hutang 2 kelas tak hadir sebab kita jalan-jalan hari tu. Tapi bila Ica demam, tetap juga tak dapat ikut 2 kelas tu.

Dalam seminggu yang akhir ni, sempat lah juga Ica menghafal surah-surah untuk temuduga Al-Amin nanti dan buat latihan matematik untuk ujian Integrasi minggu depan.
Kalau bukan untuk ujian dan temuduga ke tahun 1 pun, tapi supaya otak Ica tak berhenti exercise dan belajar benda baru. Taklah asyik tengok kartun sampai sakit mata sebab tak berkedip.
 Nasib baiknya walaupun kemahuan belajar Ica tu kejap turun kejap naik, eventually Ica tetap buat juga latihan. Lagi kuat buat latihan bila dipuji-puji pandai (-_-)
Dan paling ayah dan ibu bangga dengan Ica ni ialah sebab Ica dah cukup solat 5 waktu. Yelah, walaupun solat subuh Ica tu bukannya waktu subuh, tapi Ica akan tetap ingat nak qadha' bila bangun tidur. Bila nak tidur pula, Ica akan ingat-ingat sama ada Ica dah solat Isyak ke belum. Kembang dada ibu suka hati. Buat masa ni telekung Ica hanya ada sepasang. Jadi bila dicuci, gantinya kenalah pakai tudung labuh ibu masa umrah dulu. Nasib baik ibu ada banyak tudung labuh :-) bila Ica dah besar sikit lagi, ibu belikan telekung lycra yang warna pink. Haritu ibu ada beli di instagram tapi saiznya besar sangat.

Ibu rasa Ica ni sesuai juga kalau "homeschool" sebab Ica boleh ikut rutin dan disiplin. Tapi, siapa yang nak jadi tutor sepenuh masa Ica kalau ibu bekerja nanti? Haih. Kalau ibu berhenti, cukup ke pendapatan ayah menampung hidup kita? Ini sesuatu yang perlukan masa yang lama untuk difikirkan baik buruknya.

No comments: