Jun 7, 2014

Noneng selepas setahun.

Bismillah..

Entry ini ialah untuk kenang-kenangan si Noneng dengan kita. Diam tak diam, dah setahun Noneng membesar dengan kita, jadi domestic cat paling terpencil sebab langsung tak dibenarkan keluar dari rumah, kecuali dia curi-curi lari bila kita buka pintu lama sikit. Tujuan kita kurung Noneng ialah supaya Noneng tak jadi mangsa korban atas jalan macam 14 ekor kucing-kucing kita yang sebelum ini. 

Daripada kurus kering, Noneng jadi sihat, gemuk gebu, perbelanjaan yang bukan sedikit telah ayah dan ibu curahkan. Mudah-mudahan ia menjadi pahala hingga akhirat nanti.

Mei 2013.

Ini lah Noneng masa mula-mula datang ke rumah kita. Muka monyok, tak sihat, tak nak makan. Sebabnya, dikurung dalam cage ni yang sempit, hanya muat untuk dia duduk di antara makanan dan pasir.
 Dapat je keluar dari cage, dia terus tidur sehari suntuk. Hanya bangun untuk minum dan kencing.
 Ini bukan Noneng try exercise dengan treadmill, tapi dia usyar kawasan dan ternampak diri sendiri dalam cermin kat dinding tu.
 Makanan pertama ayah beli untuk Noneng.
 Mula membiasakan diri dengan semua peralatan dalam rumah ni. Sofa.
 Laptop dan wayar-wayarnya, atas meja study ibu.
 Atas tikar, dekat tilam ayah, dalam bilik tidur kita.
 Atas buku nota ibu..
 Tempat feveret, ialah tidur bawah meja study Ica.
 Menyorok tepi almari buku dekat kaki lampu..
 First time kena buli dengan Ica.
 Temankan ibu belajar. Ini ayah belikan rantai leher yang cantik.
 Cukup suka tidur depan laptop.
 Kadang siap menjulur kepala sampai atas keyboard.
 Kalau kena marah terus merajuk pandang belakang.
 Cukup jaki kalau ibu buka buku nota nak study mesti dia kacau.
 Kalau laptop tak dibuka macam ni, siaplah jadi lapik dia main.
 Bila tak dilayan dia tidur menyorok ke belakang.
 Pernah keluar ke laman, habis dikerumun si Putih dengan Bebel "Siapa dia ni eh? Kenapa baru sekarang nampak? Dulu takde pun..." gosip diorang sebelum menggomol Noneng yang ketakutan. Haha
 Baring atas nota kuliah ibu..
 Suka gila tidur sambil cium beg sekolah Ica, bawah meja study Ica.
 Ini makanan Boboi, Bebel dan Putih, tapi modelnya Noneng. Haha. Bukan Noneng, tapi mukanya sama macam Noneng.
 Noneng suka tengok barang-barang shopping.
 Ni tengah tunggu nak punggah plastik kain tu.
 Comelnya dia...

Jun 2013.

 Time manja-manja, cukup suka landing kat kaki.
 Ini kena kejut tidur atas sofa.
 Kalau takde orang kacau, macam ni lah gayanya...
 Suka gila dengan bakul. Boleh tidur dalam bakul. Kadang dikencingnya sekali. Nak tanda kawasan kot.
 Suka menggeliat.
 Hobi tido ternganga.
 Tido bermacam fesyen.
 Aksi tido sambil menyejukkan perut. Maklumlah bulu tebal.
 Tengok berita ekonomi yang terkini pasaran saham.
 Masa ni demam selsema tak baik-baik. Hidung sampai sumbat dengan hingus hijau. 2-3 kali ke klinik sebab ubat cepat habis. Nak bagi makan ubat sikit punya payah.
 Time sihat, suka main dalam kotak/beg kertas.
 Usyar makanan atas meja. Ini sebelum kena pelangkung lah.

Julai 2013. 
Musim ibu dengan peperiksaan.

 Ni temankan ibu study. Terus tertidur sambil peluk buku. Aceh...
 Menggeliat sambil minta penampar.
 Tertidur sampai ternganga...
 Hoi!
 Tidur nyenyak sangat tu.
 Dua-dua tak nak mengalah.
 "Meh la study...."
 "Berhentilah rehat jap..."

Ogos 2013.
Bulan Ramadhan.
 Aksi baringan cicak.
 Bulan puasa, lepas sahur je, mesti tidur kat dapur.
 Siang hari bulan puasa, tidur kat sofa dengan embah. Tapi dia baring, embah tido duduk.
 Masa ni selsema semula. Tapi tak sampai hijau hingusnya.
 Manja sampai gigit-gigit tangan.
 Suka kacau Ica main.
 Pastu menyempit belakang sofa.
 Hingus meleleh, ni kat klinik.
 Kat klinik lagi.
 Kat rumah, tapi masih selsema. Dalam medication.
 Dalam medication. Badannya susut sikit sebab tak berapa makan. May be sebab hidungnya tersumbat. Masa ini ayah belikannya wetfood yang premium. Agak mahal sebab tujuannya nak bagi Noneng cepat sembuh dan gemuk semula. Vitamin pun tak pernah tinggal.
 Muka kesian.
 Malam tidur depan pintu bilik embah sebab nak rasa sejuk air-cond kat celah pintu.
 Ni selsema lagi. Tak habis-habis.
 Ni dah sihat. Tapi garang gila.
 Ni nak gi check-ups. Kena pakai harnest sebab carrier kena bekas-bekas Boboi tak dibersihkan lagi.
 Dalam kereta duk belakang dengan Ica.
 Siap panjat kat ayah lagi.
 Kena injection dan cek telinga.
 Masa raya, sibuk nak join makan rendang dan nasi himpit. Bertenggek je atas meja makan tak mahu turun. Tapi sekejap aje. Bila kena halau, mencicit lari.
 "Ei tolonglah. Kita mana makan rendang-rendang kari-kari ni. Tak kelas!"

September 2013.
Semakin sihat dan gebu.
 Dah besar dan sihat.
 Bermanja.
 Ini macam gambar studio baby dulukala, mesti meniarap sambil buat muka comel. Haha.
 Tidur berebut tempat. Masa Ica balik tadika, kepenatan lepas main dan tengok tv, selalunya tertidur atas sofa. Si Noneng pulak, asalnya tidur bawah meja, mesti naik atas sofa join dengan Ica.
 Suka benar bau kaki. Apatah lagi kaki bestfriend nya :-)

Oktober 2013.

 First time ayah belikan litter box ada penutup. Noneng tidur dulu kat dalamnya sekali dua. Itu yang ibu letak kain lampin buruk Ica. Bukan main suka dia sebab hangat.
 Hoi garang gila!
 Masa ni appoinment untuk vaccin kali kedua. Bulan 10 ni sebab Noneng betul-betul sihat, banyak appoinment untuk vaccination. Kalau selsema/demam, tak boleh vaksin kan. Nanti mati.
 Ini mesti sebab ada kulat kat belakang telinganya, bila letak minyak, kena pakai kas. Tapi tak lama. Noneng nampak tak happy sangat ni sebab pergerakan terbatas :-(
 Bila kas dah dibuka, kurap dan kulat pun dah hilang, Noneng pun tidur dengan bahagianya....
 "Ah... sapa nak tolong aku ni... lemas..."
 "Hye... saya Noneng. Saya suka tidur bawah meja ni sebab sejuk..."
Noneng mula suka nak tidur dalam bilik  kita sebab ada bau kita. Paling penting sebab sejuk ada kipas dan kesan-kesan aircond.
 Vaccine kali ketiga. Kucing ada 3 kali vaccination selang 3 minggu.
 Hoih macam bos je duk belakang sambil observe.
 Comel je kalau muka baik camni.
 Muka kesian. "Tolonglah top-up kan makanan saya..."
 Apsal gebu sangat ni? Ohh time hujan.
 Ekor yang penyibuk!
 Menyibuk masa orang bungkus-bungkus jajan untuk birthday Ica kat tadika.
"Sure ke dia sayang aku ni?"
 Muka garang.
 Muka bengang sebab hantar neuter.

November 2013.

Bila selesai jadual vaksin, dan Noneng kekal sihat, Vet tetapkan tarikh neuter (pemandulan). Ini penting supaya Noneng tak diberanakkan oleh kucing jantan jahat yang banyak sangat kat luar tu. 
 Dah siap neuter. Bagus Vet tu buat kerja, kemas dan tak nampak langsung kesannya.
 "Saya dah mandul..." Sedih.
 "Hoi... sapa yang curik mainan saya nih???"
Ingatkan lepas neuter, Noneng jadi lebih manja. Rupanya tidak. Lagi garang adalah. Haha.
 "Eh, sori...! Tak la garang sangat..."

Disember 2013.

 "Tak pasal-pasal aku kena heret sekali..."
Ica & mainannya... Noneng termasuk sekali. Nasiblah.
 "Ok garu kat situ, oooo sedapnya... gatal gila nih..."
Bila malam, ibu tak boleh tidur, lepak depan tv, Noneng pun datang bermanja...
 Apa yang ibu perasan, bulu Noneng yang tebal dan gebu tu banyak yang dah gugur. Kita hantarnya untuk mandi (Grooming) tapi petshop kata, ada banyak kutu. Lepas letak ubat kutu, Noneng jarang menggaru. Tapi sesekali garu, bulunya bergumpal-gumpal tercabut.
 Tidur kena telentang baru nyenyak.
Apa pun, Noneng tetap happy je, tidur siang-malam.
 Kesan neuter pun semakin baik.
 Hoi saya dah gemuk lah.
Hoi, kami pun tak tahanlah bulu awak tu yang banyak gugur!

Januari 2014.

 "Apa yang geli-geli kat kaki nih?"
Oooo...bulu kat tapak kaki dah panjang sangat. Patutlah bila nak lari je kena spin....
 "Oh tolonglah garu belakang saya yang gatal tu... Bulu saya sangat tebal...."
 "Hoi! Jangan kacau gua tidur boleh tak???"
Garangnya bila tengah tidur kena kacau.

February 2014.

 Lepas kita balik umrah, terus hantar dia buang bulu sebab tak tahan dengan bulu yang bersepah atas lantai. RM170 melayang untuk dapatkan Lion-cut ni.
 "Bulu dah tak banyak, so tak boleh buat muka belagak..."
 Ahh macam kesian pun ada sebab nampak kurus je. Padahal makan sama je banyaknya.
 Bulu dah rapi.
 Ekor pun kemas.
 Sini taklah panjang sangat..
 Boleh jilat smpai ke kulit. "I sure like!!!"
 "Tapi I nampak macam kucing anorexia nervousa lah!"
 Sikit-sikit nak menggaru.
 "Pehal lu?" Hoi garangnya.
 "Taklah... I baru intro nak manja-manja..."
 "Cepatlah dia datang usap perut gua...pls pls pls..."
 Buat-buat bangun tidur. "La, takde sapa nak usap perut?"
 "Takpe la... kasi sejuk kat lantai je udah..."
 "Lantai oh lantai... sejukkanlah perutku.."
 "Hoi. Semayang ke selfie?"
 "Lantakla nak ambik gamba perut gelebeh gua ni..."
 "Heppp... jangan pegang kaki boleh tak?"

Mac 2014.
Bulu dah memanjang semula sama macam dulu. Dah normal balik lah kucing parsi nih.
 Haaaa... Nyamannya...Takde gangguan.
Semakin Noneng tua, semakin Noneng faham akan keselesaan masa tidur. Dulu, kalau tidur tak kisah kat celah bedah mana pun. Sekarang, pilihan utama ialah atas sofa.
 "Hoi. Saya baru nak lelap ni. Jangan la kacau"..
Semakin garang pula tu.
 "Camtulah..."

April 2014.

Mungkin Noneng dah sampai masa gatal nak kahwin. Bunyi-bunyiannya pun dah lain. Kencing merata. Tergedik nak keluar jumpa kucing jantan kat luar pagar. Dan bertambah manja bila sampai masanya. 

"Inilah senaman bontot terbaru. Khas untuk kucing betina yang gatal nak kawin... Tolonglah!"
 "Heh. Sapa kata kalau dah neuter takde nafsu? Saya masih bernafsu lah. Cuma tak dapat dipenuhi je. Tuan tak kasi klua rumah.."

Mei 2014.

 "May be saya kena ajak kucing jantan yang masuk dalam rumah... Just may be..."
 "kena buat perancangan ni..."
 "Ah ngantuk lah. Tidur lah dulu."
 "Dah tido pun masih takde idea lagi nih..."
 "Ah tido lah balik. Bestnya..."
 "Sekali jantan yang datang menyerah ialah Boboi si Pondan ni? Aku pun tak nak..."

Jun 2014.

 "Try je... Bukan nak kencing pun..."
 "Tak peduli... Bluek..."
 "Alah kejap lah!!! Aku tau lah ni ko punya...!"
 Ngantuk lah.

 Terkini. Bulu dah panjang, kembang. Perut dah buncit menggeleber. 
Salah satu aksi garang gila nak pegang pun tak boleh.
Lepas tu suka marah-marah. Attitude sangat! Hihi.
Actually, bila Noneng ternganga nampak gigi tu, masa dia tengah menguap. Kebetulan dapat snap. Noneng ni kalau duduk diam-diam dekat kita, mesti dia menguap puluh-puluh kali macam mengantuk sangat.
Merajuk tak dapat KFC.
Aksi paling biasa bila siang hari, menyejukkan perut.

Daripada kurus, gemuk, pastu selsema yang lama jadi kurus balik, pastu dah baik selsema, dah sihat, dah vaksin dan dah neuter, jadi gemuk. Cukur bulu, pastu dalam 3 bulan bulu dah panjang balik, sampailah ke hari ini, gemuk, sihat, dah banyak kali kena buli, pukul, marah, sebab nak lari keluar je. Noneng masih berjodoh dengan kita lagi. Alhamdulillah! Semoga Noneng terus sihat dan panjang umur. Ameen...

No comments: