Apr 2, 2015

Hari sukan SRIAAKL 2015

Bismillah..

Akhirnya selesai juga hari sukan tahunan di sekolah Ica ni. Alhamdulillah. Berhari-hari latihan, Ica nampak letih dan lesu. Ibu dah suspen, takut Ica lelah ke apa. Tapi Alhamdulillah takde apa pun. Ica sihat. Siap ambil bahagian lari lagi. Good Ica. Ibarat kata Ica, sekolah Al Amin ni berkat doa murid-muridnya. Semuanya sihat-sihat belaka. Alhamdulillah...

Sukannya berlaku pada 28.3.2015 Hari Sabtu. Sama pula tarikhnya dengan kenduri dan menikahnya anak Wak Kamsiah di Perak nun. So, oleh kerana kita sibuk dengan event ini, kita tak dapat hadir kenduri belah pengantin perempuannya. Tapi snap gambar sikitlah. Yang Wak Haji share dalam wassap ni.
Tahniah anak saudara sepupu ibu, yang bongsu ni. Pengantin lelaki. Umurnya dah 31 kot. Alhamdulillah dah sampai jodohnya. Nampak matching saja. Semoga kekal bahagian selamanya, Ameen... Nanti next month kita kenduri belah pengantin lelaki pula ya.

 Dalam pada tu, kita ni pagi-pagi lagi dah bersiap-siap nak ke Kompleks Sukan Negara di Taman Keramat. Tak jauh daripada sekolah Ica pun.

 Tak sempat makan, hanya minum dan makan kismis, Ica dah teruja sangat-sangat. Kenapa baju Ica warna kuning menyerlah sangat ni? Sebenarnya pakaian sukan semuanya pakaian kokurikulum yang warna oren tu. Tapi Ica ni jadi maskot rumah Khaibar (kuning). Jadi Ica dapat sepersalinan warna kuning lah (baju dan tudung).
 Tiba di tempat kejadian dalam pukul 7 lebih macam tu, tapi orang dah ramai. Sebab dalam kad jemputan, kena berkumpul pukul 7.15 sambil menunggu kan tetamu vip yang dijemput. Ica terus ke rumah Khaibar berkumpul.

 Cikgu pakaikan sayap rama-rama.. wahh kemain suka lagi Ica sebab jadi rama-rama. Kan ini yang Ica impikan. Haha
 Dah pakai sayap, pakai topeng pula. Ha memang sesuai dengan Ica. Jadi rama-rama kuning.
 Dah siap, Ica tunggu kawan lagi seorang, Aqilah. Member se-maskot. Haha. Kawan yang temankan Ica ni, kawan kelasnya.
 Tersengih-sengih suka. Haha.. Tak lekang sengih daripada mula pakai sayap sampailah beratur.
 
 Bila vip yang ditunggu ti dah sampai, katanya presiden IKRAM ke apa, majlis pun bermula dengan bacaan doa, nyanyian negaraku, nyanyian lagu sukan, dan nyanyian semangat rumah masing-masing.
 Yang sikecil di depan sekali ni murid tahun 6, ketua pengawas. Ha jangan memain. Kecil-kecil cili padi. Sementara satu rumah buat persembahan nyanyian semangat, rumah yang lain boleh duduk. Nama-nama rumah pun ikut nama peperingan dalam Islam. Merah - Badar, Kuning - Khaibar, Hijau - Uhud dan Biru - Khandaq. Tapi sayangnya takde perbarisan rumah sukan. Mungkin tak nak menyebabkan susah pada murid-murid, sebab cuaca panas sangat. Takut ada yang tak tahan, pitam pula karang. Takpelah. Ibu tak kisah pun takde perbarisan. Cuma sayang la Ica takde pengalaman tu.
 Selesai ucapan vip tadi, murid perempuan ke khemah tepi padang sana, murid lelaki masuk khemah tepi belah sini. Makan dulu sebelum mulakan acara.
 Makanannya, ialah burger ayam dan air kotak. Not healthy for sports kan? Takpelah, asal kenyang dan ada tenaga. Alhamdulillah.
 Dah baju pun sama, berkepitlah Ica dengan Aqilah ni. Aqilah diet, dia tak nak makan. Hanya minum susu kotak saja.
 Tetiba pinjam Aqilah untuk bergambar. Eh macam best je ada 2 anak perempuan yang sama besar nih. Hehe. Aqilah ada kakak dan adik. Ica, tunggal je. Takpe. Ica ada kucing. Hehe...

 Acara 50x8. Wah... Ica bukan main bersiap sedia. Ica kata setiap kali latihan, rumahnya dapat nombor 1 untuk acara ni. Lari berganti-ganti 50 meter 8 orang. 
Masa Ica lari, ibu pun bersorak untuk Ica. Khaibar! Khaibar! Laju! Laju! sampai terkengkang-kengkang anak ibu lari. Haha...

 Ibu janji kat Ica kalau dapat no. 1 nak belanja Ica aiskrim Baskin Robin yang Ica suka sangat tu. Tapi dapat no. 2 je. Ica buat muka sedih. Eh takpelah. Nanti ayah belanja Ica aiskrim juga. Sabar...
 Mendaftar ke bahagian pingat. Satu yang ibu tak berkenan, urusetia yang terdiri daripada ibu-ibu yang sukarela ni, agak lambat bertindak. Tercengang-cengang tak tahu tugas. Pastu dok jerit-jerit mana pemenang?Mana pemenang? Ibu yang diri kat situ rasa cam nak jerit balik. Korang kalau nak jadi sukarelawan, dengar la taklimat dulu, ambil tahu prosesnya. Ini tidak. Semua nak disuakan. Bos ke? Kalau nak jadi bos, takyah jadi sukarelawan. Panas terik tahu? Kesian kat murid-murid tu. Diorang bukannya budak universiti, semua dah tahu belaka. Kita yang dewasa ni yang kena guide. Baru jadi prosesnya. Haih. Sekian.
Ica dapat yang perak saja. Bukan emas. Alhamdulillah. Ada juga kenangan kan.
 Selesai semua acara bagi tahun 1-3, maka semuanya kena berkumpul untuk acara bagi pingat. Cuasa memang panas terik masa ini walaupun belum pukul 10 pagi.
 Alhamdulillah. Dah pun dapat pingat masing-masing. Oleh kerana Wak Husna yang jaga bahagian pingat, dapatlah Ica naik ke rostrum tempat ambil pingat tu walaupun sepatutnya untuk acara ramai-ramai ni, diri kat bawah jer...
Ica happy ada hadiah sempena sukan. Walaupun cuma satu je acara yang Ica ambil. Konsep sukan kat sini ialah satu acara satu murid supaya semua ada kenangan acara masing-masing. Alhamdulillah.
 Gambar last sebelum kita meninggalkan tempat yang terik ni. Masa kita balik, masih ada acara larian lagi untuk tahap 2. Tapi tak tahan dah nak menunggu. Panas...
 Singgah ke PapaRich Wangsa Maju untuk sejukkan tekak dan badan. Oh badan tak lah. Sebab aircond dia rosak. So boleh berkipas jer... Tercapailah Ica nak makan eskrem. Tapi yang ini kongsi dengan ayah. Ayah makan ABC nye, Ica makan eskremnya saja.
 Ibu dan Ica share nasi lemak ayam krispy, dan ayah makan nasi ayamnya. Alhamdulillah. Balik rumah, mandi, tukar baju dan tidur....

No comments: